Menarik 18 Puasa di Kampong Pisang

Watak 'Tyson' lakonan Namron dan Jaafar Onn adalah watak yang sama dilakonkan oleh Khir Rahman dalam filem seram juga arahan Allahyarham Mamat Khalid, "Lebuhraya Ke Neraka". Judul 18 Puasa di Kampong Pisang diberi nama kerana filem ini lebih tertumpu kepada dimensi siri "Kampong Pisang Bersiri-siri" disambung menggabungkan elemen dari francais 15,16 dan 17 Puasa.

Seperti dalam trilogi Puasa sebelum ini Ngasrizal Ngasri melakonkan watak 'Nasri' tetapi dalam sekuel kali ini sebagai 'Barkoba'. Begitu juga dengan Aziz M.Osman yang memegang peran Ajis dalam trilogi Puasa tetapi dalam 18PDKP sebagai Pak Jabit.